“Dari masjid, untuk masjid – bersama warga, bersama sahabat.”
Di halaman ini kami himpun semua program Masjid Al-Ehsan Bukit Baru, Melaka: kelas fardhu ain, tazkirah, gotong-royong, iftar, qiamullail, kempen derma dan banyak lagi. Jadilah Sahabat Masjid supaya anda terima notifikasi terus ke telefon & email – tidak lagi terlepas tarikh atau kekosongan slot.
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. – (Surah al-Taubah: 18)
Jom, isi masjid dengan amal. Kami tunggu anda – dan doa anda – di barisan hadapan aktiviti berikutnya.